baby first book

Cari apa yg u all nk tau k.... (kalau ada...)

jom tgk apa yg ada @ putri roh


Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

Wednesday, March 25, 2009

Nystagmus - Mata Bergerak-gerak

Nystagmus adalah keadaan di mata hitam bergerak-gerak tanpa dapat dikawal oleh tuan punya diri. Ia juga dikenali sebagai "dancing eyes" atau "jerking eyes". Para doktor & pengkaji masalah ini telah mengklasifikasikan gerakan ini seperti pendulum (bandul jam) yang mana ia bergerak perlahan ke satu arah dan laju ke arah bertentangan.
1. Nystagmus yang terjadi dari mula kehidupan Selalunya kejadian ini terjadi akibat dari kehilangan penglihatan sejak lahir. Kajian menunjukkan terdapat seorang bayi akan terkena nystagmus dari 1000 kelahiran. Dalam 80-90% kes, ia adalah kesan dari kehilangan penglihatan akibat dari beberapa penyakit lain seperti albinism (albino), aniridia (ketiadaan iris), optic nerve hypoplasia, achromatopsia congenital cataracts, coloboma or retinopathy of prematurity (akibat dari kelahiran sebelum matang). Nystagmus selalunya akan muncul selepas 6-8 minggu kelahiran. Sebanyak 10-20% yang lain mungkin tidak berkait dengan kehilangan penglihatan akibat penyakit mata yang lain. Penemuan kepada keadaan ini sepatutnya mendapat perhatian segera dari ibu bapa dengan membawa anak kesayangan anda kepada optometris atau oftalmologis untuk pemeriksaan lanjut.
2. Nystagmus yang terjadi kemudian (lama selepas kelahiran)Jika anda perasan mata anak anda tidak bergerak-gerak selepas kelahiran tetapi lama selepas itu tiba-tiba matanya bergerak-gerak, maka ini adalah mungkin disebabkan neurological dysfunction (ketidakfungsian saraf) akibat dari kecederaan kepala, multiple sclerosis atau tumor otak. Pesakit yang mengalami keadaan ini bukan dari lahir akan rasa rimas dengan matanya yang bergerak-gerak ini. Keadaan ini dipanggil 'oscillopsia' di mana pesakit akan mengalami pening dan loya akibat dari pengalaman baru pergerakan mata yang tidak dapat dikawal ini. Keadaan ini juga memerlukan pemeriksaan lanjut dengan segera.
Perubatan & nystagmus
Nystagmus juga mungkin disebabkan oleh pemakanan ubat-ubatan seperti Dilantin & Phenobarbital dan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengelakkan kejutan mungkin akan menyebabkan nystagmus. Naik turun penglihatan.
Pesakit nystagmus sering mengalami naikturun penglihatan mereka. Perubahan kelajuan nystagmus akan menyebabkan penurunan penglihatan dan ini mungkin disebabkan stress, arah penglihatan atau sekiranya sebelah mata ditutup.
The Null Position
Pesakit nystagmus akan mendapati satu posisi unik kepalanya dan matanya yang akan mengurangkan kelajuan nystagmus dan untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Kedudukan inilah yang dipanggil null position. Kedudukan ini mungkin tidak sama pada setiap pesakit.
Keseimbangan dan penglihatan binokular
Pesakit nystagmus selalu mengalami masalah keseimbangan dan selalunya akan gagal dalam menganggar kedalaman atau jarak. Nystagmus selalunya akan berkurang jika pesakit menumpu untuk membaca. Sesetengah pesakit akan diberi bantuan prisma untuk mengurangkan masalah nystagmus mereka.
Pemeriksaan Pesakit Nystagmus
Pesakit nystagmus sewajarnya mendapatkan pemeriksaan mata dari pakar low vision untuk merawat keadaan mereka. Ujian ringkas seperti visual akuiti mungkin akan menjadikan penglihatan semakin teruk jika pesakit dalam keadaan tertekan atau mempunyai nystagmus yang tersembunyi.
Nystagmus & Kaca Mata
Lazimnya mereka yang mempunyai nystagmus akan menghadapi masalah astigmatisma. Walaubagaimanapun ia tidak mengurangkan masalah nystagmus. Kuasa prisma mungkin diberikan untuk mambantu pesakit mencapai Null position mereka.
Kesimpulan
Nystagmus adalah satu masalah mata yang sangat kompleks untuk ditangani. Jumpalah pakar Low Vision untuk mendapatkan rawatan yang khusus.
credit to sitisifir10@yahoo.com

Wednesday, February 11, 2009

Kedudukan Jerawat & Info

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran
Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak
HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi
DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Friday, December 26, 2008

Chikugunya

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
. Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Wednesday, February 13, 2008

TANDA-TANDA AWAL KANSER

Kanser pangkal rahim
sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

Kanser payudara
bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

Kanser usus besar
perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

Kanser paru-paru
batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

Kanser perut
hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

Kanser limpa
sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

Kanser ovari
haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

Kanser otak
sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

Kanser prostat
sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

Kanser darah (leukimia)
letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

Kanser tekak
suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher