baby first book

Cari apa yg u all nk tau k.... (kalau ada...)

jom tgk apa yg ada @ putri roh


Wednesday, November 19, 2014

Jawatan Kosong - Lembaga Pertubuhan Peladang | 26 Nov 2014


Permohonan dibuka dikalangan Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Jawatan kosong yang ditawarkan ialah :-

1. JURUTERA GRED J41 - 1 Kekosongan jawatan
2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41 - 7 Kekosongan jawatan
3. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 - 4 Kekosongan jawatan
4. PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E17 - 20 Kekosongan jawatan
5. PEMBANTU LAUT GRED A17 - 3 Kekosongan jawatan


Cara memohon menggunakan JobsMalaysia :- 

Pastikan anda pengguna berdaftar di Jobsmalaysia.gov.my, barulah boleh ikuti langkah-langkah berikut :- 

Selepas login, sila ke ruangan 'Carian Segera' dan pilih 'Cari Majikan'. Taipkan LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG di ruangan carian segera dan tekan butang 'ENTER'.  

Tarikh tutup : 26 NOVEMBER 2014

Calon yang yang berminat, sila isi permohonan secara online di atas sahaja.

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
Menara LPP, No. 20, 
Jalan Sultan Salahuddin, 
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2610 9600
Faks : 03-2697 0987

Wednesday, October 1, 2014

Account Assistant | Taman Tasik Puchong

Jawatan:- Account Assistant
Kelayakan :- Tahu menggunakan UBS (accounting Software)
Taraf Jawatan :- Tetap
Jantina :- perempuan
Waktu Kerja :- 9.00 am - 05.45 pm (isnin - jumaat)
Tempat :- Taman Tasik Puchong

Diperlukan segera, jika ada yang berminat boleh hantar resume kepada acc_atgl@atransglobal.com

Tuesday, January 21, 2014

Jawatan Kosong | KWSP | Pengawal Keselamatan | 14 Feb 2014


KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :
 PENGAWAL KESELAMATAN
 SKOP KERJA
Menguatkuasakan Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP terhadap anggota dan ahli KWSP.

KELAYAKAN
  • Terdiri daripada Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

ATAU
  • Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik

DAN
  • Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i)          Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
(ii)        Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46.3 kg bagi wanita
(iii)       Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
(iv)       Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79 cm dan semasa menarik nafas 84cm (lelaki sahaja)
(v)        Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
(vi)       Pengecaman warna yang baik dan pendengaran yang tidak cacat
(vii)       Memiliki lesen memandu yang sah tempoh kelas D/E/E1/E2/F/G mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
(viii)      Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor

STATUS JAWATAN

Tetap

CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta dokumen seperti berikut :

  • Resume
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Surat Beranak
  • Salinan Penyata Gaji Terkini
  • Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Salinan Sijil Kokurikulum
  • Salinan Laporan Pemeriksaan Doktor yang mengandungi maklumat berikut :
    • Tinggi
    • Berat
    • Indeks Jisim Badan (BMI)
    • Ukuran Dada Biasa
    • Ukuran Dada Semasa Menarik Nafas (Lelaki Sahaja)
    • Keputusan Ujian Mata Kiri dan Kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
    • Keputusan Ujian Pengecaman Warna
    • Keputusan Ujian Pendengaran

Sekiranya calon merupakan  adalah merupakan Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia, calon dikehendaki mengemukakan dokumen yang mengesahkan maklumat berikut :

  • Penamatan perkhidmatan
  • Pengesahan jawatan semasa dalam perkhidmatan
  • Rekod perkhidmatan

Permohonan hendaklah dihantar ke recruit.jph@gmail.com selewat-lewatnya pada 14 FEBRUARI 2014Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 6 BULAN selepas tarikh iklan ditutup.

Jawatan Kosong | KWSP | Pemandu | 14 Feb 2014


KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
 PEMBANTU AM (PEMANDU)
 SKOP KERJA
Melaksanakan tugas pemanduan dan mengendalikan semua urusan berkaitan kenderaan rasmi pejabat dengan sempurna berdasarkan prosedur KWSP yang ditetapkan.
 KELAYAKAN
·         Terdiri daripada Warganegara Malaysia
·         Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
·         Memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
·         Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT TAMBAHAN
·         Memiliki lesen memandu yang sah tempoh kelas D/E/E1/E2/F/G yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai lesen GDL dan PSV
·         Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor

STATUS JAWATAN
Tetap

CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta dokumen seperti berikut : 
·         Resume
·         Salinan Kad Pengenalan
·         Salinan Surat Beranak
·         Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
·         Salinan Penyata Gaji Terkini
·         Salinan Lesen Memandu Terkini
·         Salinan Sijil Kokurikulum

Permohonan hendaklah dihantar ke pemandu.inst@gmail.com selewat-lewatnya pada 14 FEBRUARI 2014.Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

Thursday, December 26, 2013

Jawatan Kosong FELCRA | 3 January 2014


1. Oil Pam Plant Breeder Gred Band 6
2. Pengurus Kanan Sistem Maklumat Gred Band 6
3. Pengurus Pentadbiran Gred Band 3(A)
4. Chemist / Ahli Kimia Gred Band 3(A)
5. Pegawai Alam Sekitar Gred Band 3(A)
6. Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Gred Band 3(A)
7. Pengurus Binaan Gred Band 3 (A) 
8. Pengurus Pertanian Gred Band 3(A) 
9. Pengurus Sistem Maklumat Gred Band 3(A)
10. Pengurus Ukur Gred Band 3(A) 
11. Pengurus Veterinar Gred Band 3(A) 
12. Pengurus Kewangan Gred Band 3(A) 
13. Pengurus Undang-Undang Gred Band 3(A) 
14. Eksekutif Makmal Gred Band 1(A) 
15. Eksekutif Pentadbiran Gred Band 1(A) 
16. Eksekutif Perladangan Gred Band 1(A) 
17. Eksekutif Veterinar Gred Band 1(A) 
18. Eksekutif Kewangan Gred Band 1(A) 
19. Penolong Eksekutif Draughtmans Gred A&T2
20. Penolong Eksekutif Perladangan Gred A&T2
21. Penolong Eksekutif Makmal – Recorder Breeding Gred A&T2


Borang permohonan boleh diperolehi menerusi laman web www.felcra.com.my atau datang terus ke Wisma
FELCRA Berhad, Aras 4, Bahagian Sumber Manusia atau klik link yang admin sediakan di bawah. Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat berikut:-


Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad
Ibu Pejabat FELCRA Berhad, Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya, Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
(U.P : Bahagian Sumber Manusia)

(Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di ruangan atas sebelah kiri sampul surat).
Tarikh tutup permohonan: 3 JANUARI 2014.


Lihat Iklan Jawatan Kosong FELCRA di sini

Download Borang Jawatan Kosong FELCRA di sini



@ boleh e-mel ke putri_roh@yahoo.com jika mahu saya emelkan borang tersebut kepada anda