baby first book

Cari apa yg u all nk tau k.... (kalau ada...)

jom tgk apa yg ada @ putri roh


Tuesday, June 2, 2009

10 Perang paling singkat dalam sejarah

Ini merupakan antara sepuluh perang paling singkat sejak 1800. Tidak termasuk perang yang berakhir pada gencatan, dari revolusi atau perang kemerdekaan, atau perang yang terjadi selama Pertama atau Perang Dunia Kedua.

1. Anglo-Zanzibar War, 45 minutes
Perang tahun: 1896
perang Antara: British Empire vs Zanzibar
Hasil: British menang

2. 6 Day War, 6 days
perang tahun: 1967
perang antara: Israel vs Egypt, Syria, Jordan, Iraq
hasil: israel menang

3. Perang India-Pakistan, 13 hari
perang Tahun: 1971
Antara: India vs Pakistan
Hasil: Bangladesh menjadi negara merdeka

4. Perang Serbia-Bulgaria, 14 hari
Perang Tahun: 1885
Antara: Kerajaan Serbia vs Kerajaan Bulgaria
Hasil: Bulgaria menang

5. Perang Armenia-Georgia, 24 hari
perang Tahun: 1918
Antara: Georgia vs Armenia
Hasil: Reksa administrasi sengketa Kecamatan

6. Sino-Vietnam, 27 hari
perang Tahun: 1979
Antara: Cina vs vietnam
Hasil: Kedua belah pihak menuntut menang

7. Yunani-Turki, 30 hari
perang Tahun: 1897
Antara: Yunani vs Kesultanan Utsmaniyah
Hasil: Yunani kalah

8. Perang Balkan kedua, 32 hari
perang Tahun: 1913
Antara: Bulgaria vs Yunani, Serbia, Montenegro, Rumania, Kesultanan Utsmaniyah
Hasil: Bulgaria kalah

9. Perang Polandia-Lituania, 37 hari
perang Tahun: 1920
Antara: Republik Polandia vs Lithuania
Hasil: Polandia menang

10. Falklands War, 42 hari
perang Tahun: 1982
Antara: Argentina vs Inggeris
Hasil: Inggeris menang

http://www.indonesi atercinta. com/acensusanto/ blog/82/

Wednesday, March 25, 2009

Nystagmus - Mata Bergerak-gerak

Nystagmus adalah keadaan di mata hitam bergerak-gerak tanpa dapat dikawal oleh tuan punya diri. Ia juga dikenali sebagai "dancing eyes" atau "jerking eyes". Para doktor & pengkaji masalah ini telah mengklasifikasikan gerakan ini seperti pendulum (bandul jam) yang mana ia bergerak perlahan ke satu arah dan laju ke arah bertentangan.
1. Nystagmus yang terjadi dari mula kehidupan Selalunya kejadian ini terjadi akibat dari kehilangan penglihatan sejak lahir. Kajian menunjukkan terdapat seorang bayi akan terkena nystagmus dari 1000 kelahiran. Dalam 80-90% kes, ia adalah kesan dari kehilangan penglihatan akibat dari beberapa penyakit lain seperti albinism (albino), aniridia (ketiadaan iris), optic nerve hypoplasia, achromatopsia congenital cataracts, coloboma or retinopathy of prematurity (akibat dari kelahiran sebelum matang). Nystagmus selalunya akan muncul selepas 6-8 minggu kelahiran. Sebanyak 10-20% yang lain mungkin tidak berkait dengan kehilangan penglihatan akibat penyakit mata yang lain. Penemuan kepada keadaan ini sepatutnya mendapat perhatian segera dari ibu bapa dengan membawa anak kesayangan anda kepada optometris atau oftalmologis untuk pemeriksaan lanjut.
2. Nystagmus yang terjadi kemudian (lama selepas kelahiran)Jika anda perasan mata anak anda tidak bergerak-gerak selepas kelahiran tetapi lama selepas itu tiba-tiba matanya bergerak-gerak, maka ini adalah mungkin disebabkan neurological dysfunction (ketidakfungsian saraf) akibat dari kecederaan kepala, multiple sclerosis atau tumor otak. Pesakit yang mengalami keadaan ini bukan dari lahir akan rasa rimas dengan matanya yang bergerak-gerak ini. Keadaan ini dipanggil 'oscillopsia' di mana pesakit akan mengalami pening dan loya akibat dari pengalaman baru pergerakan mata yang tidak dapat dikawal ini. Keadaan ini juga memerlukan pemeriksaan lanjut dengan segera.
Perubatan & nystagmus
Nystagmus juga mungkin disebabkan oleh pemakanan ubat-ubatan seperti Dilantin & Phenobarbital dan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengelakkan kejutan mungkin akan menyebabkan nystagmus. Naik turun penglihatan.
Pesakit nystagmus sering mengalami naikturun penglihatan mereka. Perubahan kelajuan nystagmus akan menyebabkan penurunan penglihatan dan ini mungkin disebabkan stress, arah penglihatan atau sekiranya sebelah mata ditutup.
The Null Position
Pesakit nystagmus akan mendapati satu posisi unik kepalanya dan matanya yang akan mengurangkan kelajuan nystagmus dan untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Kedudukan inilah yang dipanggil null position. Kedudukan ini mungkin tidak sama pada setiap pesakit.
Keseimbangan dan penglihatan binokular
Pesakit nystagmus selalu mengalami masalah keseimbangan dan selalunya akan gagal dalam menganggar kedalaman atau jarak. Nystagmus selalunya akan berkurang jika pesakit menumpu untuk membaca. Sesetengah pesakit akan diberi bantuan prisma untuk mengurangkan masalah nystagmus mereka.
Pemeriksaan Pesakit Nystagmus
Pesakit nystagmus sewajarnya mendapatkan pemeriksaan mata dari pakar low vision untuk merawat keadaan mereka. Ujian ringkas seperti visual akuiti mungkin akan menjadikan penglihatan semakin teruk jika pesakit dalam keadaan tertekan atau mempunyai nystagmus yang tersembunyi.
Nystagmus & Kaca Mata
Lazimnya mereka yang mempunyai nystagmus akan menghadapi masalah astigmatisma. Walaubagaimanapun ia tidak mengurangkan masalah nystagmus. Kuasa prisma mungkin diberikan untuk mambantu pesakit mencapai Null position mereka.
Kesimpulan
Nystagmus adalah satu masalah mata yang sangat kompleks untuk ditangani. Jumpalah pakar Low Vision untuk mendapatkan rawatan yang khusus.
credit to sitisifir10@yahoo.com

Friday, March 13, 2009

Resepi - Blueberry Poppy Seed Buttercake


250 gram butter
200 gram gula castor
250 tepung cake + 1 sudu kecil baking powder (ayak bersama)
4 biji telur (Grade A)
60 gram susu segar
2 sudu besar poppy seed (20gram)
1 sudu besar perasa blueberi




Cara nak buat

1. Butter, gula - dipukul sehingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur sebiji, sebiji diselangselikan dengan tepung sehingga habis
3. Masukkan susu segar, gaul hingga rata.
4. Masukkan 2 sudu besar & perasa bluberi, gaul rata.
5. Gunakan loyang bulat 9 inci
6. Panaskan oven 170C - bakar lebih kurang 40 minit hingga masak.

Selamat buat kek!

Wednesday, February 11, 2009

Kedudukan Jerawat & Info

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran
Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak
HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi
DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Tuesday, February 10, 2009

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx

8 Petua Mengatasi Cemburu

Jadi, adakah anda pernah mengalami sekurang-kurangnya satu daripada senario di bawah ini?
1. Anda sekadar ada kereta kodok Volkswagen model 60-an yang selalu meragam di waktu pagi dan jiran sebelah rumah anda pula ada kereta Honda Civic yang bunyi enjinnya menderum sedap? Anda jadi sangat cemburu sehingga mengharapkan kereta Honda Civic jiran anda itu ditarik oleh bank?
2. Gaji anda cukup-cukup makan sahaja. Gaji rakan-rakan anda pula agak besar sehingga mereka mampu untuk makan angin di luar negara. Anda pula nak pergi makan angin di Pulau Carey pun rasa mahu terburai poket seluar. Cemburu punya pasal, anda berdoa agar kapal terbang yang dinaiki kawan anda itu terhempas, atau sekurang-kurangnya dirampas oleh teroris.
3. Kawan-kawan anda sudah ramai yang kahwin, dan anda juga mahu berkahwin, malangnya atas sebab-sebab yang tertentu anda masih lagi belum boleh berkahwin. Anda jadi tersangat cemburu pada rakan-rakan anda yang sudah berkahwin sehingga kadang-kadang anda harap esok pagi juga mereka bercerai?
4. Anda tambah sendiri senario...
Cemburu Pertama Dalam Sejarah Manusia
Cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.
Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan 2 orang putera Nabi Adam. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Ini kemudiannya membawa kepada adegan-adegan dramatik yang mencemaskan. Klimaks kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini.
8 Petua Mengatasi Sifat Cemburu
1) Daripada 2 kisah cemburu yang membabitkan Iblis dan Qabil itu, kita dapati bahawa sifat cemburu tidak membawa sebarang kebaikan langsung kepada kita. Cemburu hanya memusnahkan diri sendiri. Tiada pengakhiran yang baik dan menggembirakan dalam hati manusia yang sering cemburu. Oleh itu sebelum anda mahu cemburu, cuba renung kembali kisah Iblis dan Qabil ini.
2) Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada 2 jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini: Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia.
3) Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan.
Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi?
Imam Maulud, seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.
4) Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih bagus dan lebih mulia dari orang lain; holier than thou. Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa yang orang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Dengan ini, di samping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada Allah.
5) Dalam 3 senario di atas, saya ada sentuh tentang bab kahwin. Saya jadikan isu kahwin ini agak spesifik memandangkan saya kenal dan tahu beberapa orang kawan saya, dan kebanyakkan adalah perempuan yang mengeluh kerana masih lagi belum bertemu jodoh. Mereka agak depress.
Berkahwin memang seronok. Siapa tidak suka kahwin. Tetapi menjadikan perkahwinan sebagai alasan untuk memberikan kebahagian hidup agak kurang tepat. Pasangan berkahwin yang kelihatan gembira mungkin kerana sejak zaman bujang lagi mereka sudah memiliki gaya hidup yang ceria. Tapi apa akan jadi jika Lelaki A yang pesimis berkahwin dengan Wanita B yang bersifat sangat cemburu buta. Anda fikir dengan perkahwinan itu, Lelaki A dan Wanita B itu akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan hidup?
Perkahwinan hanya satu keindahan yang sementara. Jika ia tidak disulami dengan tanggungjawab, perkahwinan adalah satu bala. Terangkan kepada saya mengapa Britney Spears bercerai dengan suami pertamanya, iaitu Jason Allen Alexander setelah mereka sah menjadi suami isteri selama 55 jam sahaja? Saya juga ada seorang rakan (Melayu) yang menceritakan kisah sedih rakannya (Melayu) yang diceraikan suaminya setelah 1 tahun berumahtangga. Mengapa ini berlaku? Tiada kebahagiaan!
Maka, perkahwinan bukan tiket mutlak kebahagiaan hidup. Ketahuilah bahawa sebahagian dari kegembiraan itu terletak pada redha Allah ke atas manusia dan sebahagian lagi terletak pada cara seseorang itu berfikir. Kepada yang masih belum berkahwin, bawa-bawa bersabar. Bak kata senior saya, let's chill and relax...
Akan tetapi, perkahwinan juga sangat penting dalam kehidupan manusia. Saya ingin membantu, tetapi saya tidak boleh bagi kaunseling lebih-lebih kerana masih lagi belum berkahwin. Mungkin boleh baca artikel ini: What should I do to get married?
Jangan cemburu kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu menamatkan zaman bujang dan anak dara. Bila sampai masa yang ditetapkan Allah, anda pasti akan mendapatnya. Ini konsep tawakal dalam Islam. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Cuba aplikasikan konsep Taburan Normal dalam ilmu statistik untuk lebih memahami masalah ini.
6) Apa yang mereka ada tidak semestinya diberkati Allah. Kadang-kadang rezeki yang Allah beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata. Rasullulah bersabda:
Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.(Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Istidraj adalah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari.
Jiran anda di sebelah rumah yang selalu pergi clubbing dan tuang arak dalam perut, tetapi kereta mewah ada 2-3 biji, menjawat pula title CEO di sebuah syarikat besar, maka ketahuilah bahawa rezeki yang mereka terima itu berkemungkinan besar adalah istidraj. Oleh itu, jika anda patuh dan taat pada segala-perintah Allah, melakukan solat tahajjud setiap malam, tetapi rezeki masih lagi dalam keadaan terumbang-ambing, maka janganlah terlalu risau. Rezeki sikit atau banyak adalah ujian dari Allah.
Jangan sangka dengan duit berkepok-kepok di bawah bantal akan membuatkan kita gembira. Kita gembira kerana Allah yang kasi kita gembira. Jika anda ada buku Ayah Kaya, Ayah Miskin, cuba selak semula bahagian awal buku itu, yang mana Robert Kiyosaki ada menceritakan kisah beberapa orang ternama yang kaya-raya waktu itu, akhirnya menerima kesudahan hidup yang menyedihkan setelah berlakunya peristiwa Great Depression. Lihat, semudah itu sahaja Allah mahu tarik kekayaan seseorang.
7) Masih lagi rasa susah untuk membuang rasa cemburu itu? Masih lagi tidak puas hati pada jiran ada rumah yang lebih besar dan selalu makan di restoran mewah? Baik, lihat 2 gambar di bawah ini. Gambar membawa sejuta erti.

8) Akhir sekali, cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi selalu sangat kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita ada.
Jika anda menyimpan makanan dalam peti sejuk,
dan menyimpan baju di dalam almari,
dan ada katil sebagai tempat tidur,
dan memiliki sebuah rumah...
Maka anda sudah jadi lebih kaya dari 75% penduduk bumi yang lain!
Maka, bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu dan sekaligus mendatangkan kebahagiaan di dalam hati. Jangan apabila ia sudah pergi baru kita mahu bersyukur dan menangis kerana manusia selalunya begitu. Hargai sekecil-kecil nikmat Allah. Insya-Allah.

Thursday, February 5, 2009

Personaliti Dan Haiwan Dedah Rahsia Diri

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman?. Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
vApril 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Julai 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogos 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.
Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.
Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.
Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!
Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.
Monyet: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan

Wednesday, February 4, 2009

Bertenang Untuk Menangani Stres

Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.
Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan.
Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang Anda kesali seumur hidup.
Cemana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat Anda tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.
Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marahdalam diri, ada something yang kita puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.
Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita 'immune' dari stress.
Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.
Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.

Wednesday, January 28, 2009

rahsia tahi lalat

TANDA FIRASAT TAHI LALAT
bibir atas kanan banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah tercapai cita-cita
biji mata kanan suka serong dan pembohong
biji mata kiri pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri baik budi, murah rezeki
punggung kanan agak mengalami kesulitan
punggung kiri malas dan suka duduk
betis kanan suka berhibur, boros
betis kiri rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang jujur, sabar dan tekun
kening kanan cerdas dan cekap
kening kiri cerdas, sopan santun
tengah kening keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri suka berpoya-poya
ketiak kanan dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri kehendak kuat
batang hidung banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung banyak rezeki
dagu bawah kanan jujur dan baik hati
dagu bawah kiri bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) bakal beristeri 2
tumit kanan jujur dan banyak kawan
tumit kiri baik budi
alis kanan suka menolong, baik hati
alis kiri ramai yang suka
pangkal peha kanan kemahuan kuat
pangkal peha kiri suka kerja apa pun
telapak kaki kanan tak mudah mengeluh
jari kaki kanan suka menolong
jari kaki kiri berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan setia dan taat pada atasan
lengan kiri menepati janji dan rajin
pipi kanan ramai teman
tengah-tengah pipi kanan ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri ramai teman
ubun-ubun kurang jujur
pusat cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri beroleh kemuliaan
pinggang kanan sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri disayang pasangan hidup
dada kanan dapat mengatasi masalah
dada kiri berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri baik budi pekertinya
siku tangan kanan kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri baik hati, suka menolong
jari tangan kanan serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri dapat berpangkat
perut bawah kanan banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah agak malas
kelopak mata kiri bawah agak bodoh, kurang bijaksana

Monday, January 19, 2009

Anda nombor berapa?

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira.
Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.