baby first book

Cari apa yg u all nk tau k.... (kalau ada...)

jom tgk apa yg ada @ putri roh


Showing posts with label jawatan ksoong pemandu kakitangan kerajaan. Show all posts
Showing posts with label jawatan ksoong pemandu kakitangan kerajaan. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

Jawatan Kosong | KWSP | Pemandu | 14 Feb 2014


KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
 PEMBANTU AM (PEMANDU)
 SKOP KERJA
Melaksanakan tugas pemanduan dan mengendalikan semua urusan berkaitan kenderaan rasmi pejabat dengan sempurna berdasarkan prosedur KWSP yang ditetapkan.
 KELAYAKAN
·         Terdiri daripada Warganegara Malaysia
·         Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
·         Memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
·         Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT TAMBAHAN
·         Memiliki lesen memandu yang sah tempoh kelas D/E/E1/E2/F/G yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai lesen GDL dan PSV
·         Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor

STATUS JAWATAN
Tetap

CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta dokumen seperti berikut : 
·         Resume
·         Salinan Kad Pengenalan
·         Salinan Surat Beranak
·         Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
·         Salinan Penyata Gaji Terkini
·         Salinan Lesen Memandu Terkini
·         Salinan Sijil Kokurikulum

Permohonan hendaklah dihantar ke pemandu.inst@gmail.com selewat-lewatnya pada 14 FEBRUARI 2014.Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup.