baby first book

Cari apa yg u all nk tau k.... (kalau ada...)

jom tgk apa yg ada @ putri roh


Thursday, June 3, 2010

Ciuman perokok boleh bunuh kanak-kanak

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka."Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium."Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama
Sumber : Berita Harian Online

Wednesday, June 2, 2010

Bagaimana sutera dihasilkan

Tuesday, June 2, 2009

10 Perang paling singkat dalam sejarah

Ini merupakan antara sepuluh perang paling singkat sejak 1800. Tidak termasuk perang yang berakhir pada gencatan, dari revolusi atau perang kemerdekaan, atau perang yang terjadi selama Pertama atau Perang Dunia Kedua.

1. Anglo-Zanzibar War, 45 minutes
Perang tahun: 1896
perang Antara: British Empire vs Zanzibar
Hasil: British menang

2. 6 Day War, 6 days
perang tahun: 1967
perang antara: Israel vs Egypt, Syria, Jordan, Iraq
hasil: israel menang

3. Perang India-Pakistan, 13 hari
perang Tahun: 1971
Antara: India vs Pakistan
Hasil: Bangladesh menjadi negara merdeka

4. Perang Serbia-Bulgaria, 14 hari
Perang Tahun: 1885
Antara: Kerajaan Serbia vs Kerajaan Bulgaria
Hasil: Bulgaria menang

5. Perang Armenia-Georgia, 24 hari
perang Tahun: 1918
Antara: Georgia vs Armenia
Hasil: Reksa administrasi sengketa Kecamatan

6. Sino-Vietnam, 27 hari
perang Tahun: 1979
Antara: Cina vs vietnam
Hasil: Kedua belah pihak menuntut menang

7. Yunani-Turki, 30 hari
perang Tahun: 1897
Antara: Yunani vs Kesultanan Utsmaniyah
Hasil: Yunani kalah

8. Perang Balkan kedua, 32 hari
perang Tahun: 1913
Antara: Bulgaria vs Yunani, Serbia, Montenegro, Rumania, Kesultanan Utsmaniyah
Hasil: Bulgaria kalah

9. Perang Polandia-Lituania, 37 hari
perang Tahun: 1920
Antara: Republik Polandia vs Lithuania
Hasil: Polandia menang

10. Falklands War, 42 hari
perang Tahun: 1982
Antara: Argentina vs Inggeris
Hasil: Inggeris menang

http://www.indonesi atercinta. com/acensusanto/ blog/82/

Wednesday, March 25, 2009

Nystagmus - Mata Bergerak-gerak

Nystagmus adalah keadaan di mata hitam bergerak-gerak tanpa dapat dikawal oleh tuan punya diri. Ia juga dikenali sebagai "dancing eyes" atau "jerking eyes". Para doktor & pengkaji masalah ini telah mengklasifikasikan gerakan ini seperti pendulum (bandul jam) yang mana ia bergerak perlahan ke satu arah dan laju ke arah bertentangan.
1. Nystagmus yang terjadi dari mula kehidupan Selalunya kejadian ini terjadi akibat dari kehilangan penglihatan sejak lahir. Kajian menunjukkan terdapat seorang bayi akan terkena nystagmus dari 1000 kelahiran. Dalam 80-90% kes, ia adalah kesan dari kehilangan penglihatan akibat dari beberapa penyakit lain seperti albinism (albino), aniridia (ketiadaan iris), optic nerve hypoplasia, achromatopsia congenital cataracts, coloboma or retinopathy of prematurity (akibat dari kelahiran sebelum matang). Nystagmus selalunya akan muncul selepas 6-8 minggu kelahiran. Sebanyak 10-20% yang lain mungkin tidak berkait dengan kehilangan penglihatan akibat penyakit mata yang lain. Penemuan kepada keadaan ini sepatutnya mendapat perhatian segera dari ibu bapa dengan membawa anak kesayangan anda kepada optometris atau oftalmologis untuk pemeriksaan lanjut.
2. Nystagmus yang terjadi kemudian (lama selepas kelahiran)Jika anda perasan mata anak anda tidak bergerak-gerak selepas kelahiran tetapi lama selepas itu tiba-tiba matanya bergerak-gerak, maka ini adalah mungkin disebabkan neurological dysfunction (ketidakfungsian saraf) akibat dari kecederaan kepala, multiple sclerosis atau tumor otak. Pesakit yang mengalami keadaan ini bukan dari lahir akan rasa rimas dengan matanya yang bergerak-gerak ini. Keadaan ini dipanggil 'oscillopsia' di mana pesakit akan mengalami pening dan loya akibat dari pengalaman baru pergerakan mata yang tidak dapat dikawal ini. Keadaan ini juga memerlukan pemeriksaan lanjut dengan segera.
Perubatan & nystagmus
Nystagmus juga mungkin disebabkan oleh pemakanan ubat-ubatan seperti Dilantin & Phenobarbital dan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengelakkan kejutan mungkin akan menyebabkan nystagmus. Naik turun penglihatan.
Pesakit nystagmus sering mengalami naikturun penglihatan mereka. Perubahan kelajuan nystagmus akan menyebabkan penurunan penglihatan dan ini mungkin disebabkan stress, arah penglihatan atau sekiranya sebelah mata ditutup.
The Null Position
Pesakit nystagmus akan mendapati satu posisi unik kepalanya dan matanya yang akan mengurangkan kelajuan nystagmus dan untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Kedudukan inilah yang dipanggil null position. Kedudukan ini mungkin tidak sama pada setiap pesakit.
Keseimbangan dan penglihatan binokular
Pesakit nystagmus selalu mengalami masalah keseimbangan dan selalunya akan gagal dalam menganggar kedalaman atau jarak. Nystagmus selalunya akan berkurang jika pesakit menumpu untuk membaca. Sesetengah pesakit akan diberi bantuan prisma untuk mengurangkan masalah nystagmus mereka.
Pemeriksaan Pesakit Nystagmus
Pesakit nystagmus sewajarnya mendapatkan pemeriksaan mata dari pakar low vision untuk merawat keadaan mereka. Ujian ringkas seperti visual akuiti mungkin akan menjadikan penglihatan semakin teruk jika pesakit dalam keadaan tertekan atau mempunyai nystagmus yang tersembunyi.
Nystagmus & Kaca Mata
Lazimnya mereka yang mempunyai nystagmus akan menghadapi masalah astigmatisma. Walaubagaimanapun ia tidak mengurangkan masalah nystagmus. Kuasa prisma mungkin diberikan untuk mambantu pesakit mencapai Null position mereka.
Kesimpulan
Nystagmus adalah satu masalah mata yang sangat kompleks untuk ditangani. Jumpalah pakar Low Vision untuk mendapatkan rawatan yang khusus.
credit to sitisifir10@yahoo.com

Friday, March 13, 2009

Resepi - Blueberry Poppy Seed Buttercake


250 gram butter
200 gram gula castor
250 tepung cake + 1 sudu kecil baking powder (ayak bersama)
4 biji telur (Grade A)
60 gram susu segar
2 sudu besar poppy seed (20gram)
1 sudu besar perasa blueberi




Cara nak buat

1. Butter, gula - dipukul sehingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur sebiji, sebiji diselangselikan dengan tepung sehingga habis
3. Masukkan susu segar, gaul hingga rata.
4. Masukkan 2 sudu besar & perasa bluberi, gaul rata.
5. Gunakan loyang bulat 9 inci
6. Panaskan oven 170C - bakar lebih kurang 40 minit hingga masak.

Selamat buat kek!